Tuesday, March 23, 2010

Dugaan apakah ini??

Saya masih ingat tempoh dan ketika itu..jeritan itu..masih lagi trauma dengan sume tu..
"doktor,sakitlah!!pelahan la skit!!"
itulah suara aku..tau kenapa aku jerit??aku pasti,sesiapa yg ada kt tempat aku pasti akan buat benda yg sme..sakit nye hanya ALLAH yang tahu..dan derita ini sehingga sekarang aku menikmatinya..itulah yang dikatakan dengan kaffarah dosa..aku kelu..terkedu..ya,ak akui..ini semua kaffarah dosa bagiku..memamg ini lah azab yang sepatutnya yang aku dapat..muhasabah diri sebentar..airmata ini tak mampu di tahan lagi..




Gambar ape lak tu??hmm..agak2??siap ade tulang la bagai..memang gambar tulang pun..cube letakkan diri anda seperti dalam gambar tu..ape agaknye rase die ek??hmm..jom,sy kongsi serba sedikit sepanjang air tulang saya kne curik oleh doktor kafir itu..
siapa tahu,secara fizikalnya mmg sy nmpak kuat..tapi,derita sakit tulang belakang tak siapa yg tahu...kadang2 ade org ckp kt sy..

"alah,benda ringan je tu..xkan la xleh angkat kot.."

ahh,lantaklah ko nk ckp ape..dlm ati aku ckp,aku curik air tulang ko bru ko taw..
itulah benda yg ak kne face slalu..hm,kdg2 tu nk bawak mto pn mmg xlarat..jalan dekat pn sy rse mcm ikot highway johor-kedah apatah lagi jalan jauh..huhu..tapi,ape yg buat sy kecewa adalah keadaan sekeliling sy..mereka sume marah saya knape sy bg air tulang tu..ada yg kata bleh lumpuh la..sindrom down la..sy sendiri xtau ada prosuder nk bagi air tulan tu(akibat jahil ttg ilmu perubatan)tapi,xpela..saya tau ada sbb napa Allah ambik air tulang saya ni..saya bersyukur sebab Dia sygkan saya..Dia bg ujian ni sbb Dia tau saya mampu nk pikul dugaan nih..tapi,orang sekeliling saya tau ke sy kuat ke tak??ha,hanya org terdekat je bleh jawab persoalan ini..kdg2 sy bingung jugak knpa seberat ni ujian Dia??tapi,bile pk balik ada org yg lagi dasyat drpd aku..nauzubillah..org2 yg hidap kanser,lukemia,barah n mcm2 lagi mcm mana pulak dengan harapan dorg nak hidup??hmm,benda tu lah yang sy muhasabah balik..even sy tahu effect ambik air tulang sampai akhir hayat hidup sy..sy akn cuba memaknai erti sebenar hidup ini.Teringat kata-kata senior sy..

"tiada siapa yang boleh menggantikan yg asal"

sungguh mendalam maksud ayat itu..berubat la mcm mne cara sekalipun..ibarat anggota tubuh badan yang telah hilang,tidak bisa dicari gantinya..selamlah seribu lautan sekalipun,gali lah sejuta dalam tanah sekalipun,carilah di seluh pelusuk dunia sekalipun,air tulang itu xdapat di cari galang gantinya..(sedih)..mmg betul semua itu..Maha Hebat Sang Khaliq..Pasti semua orang tertanya-tanya kenapa agaknya sy terpaksa bagi air tulang tu??sebabnya hanya kerana sy demam panas,pengsan serta berlaku kekejangan..Jadi,sy pesan kepada anda sume agar tidak menjadi seperti sy..klu jadi sekalipun,tak usah lah memberikan 'hadiah' yang telah diberikan oleh Allah itu kerana 'hadiah 'itu sukar di cari..Jagalah sebaik mungkin ' hadiah' itu...

Sy xdpt membayangkan di masa hadapan kelak..lelaki manakah yg sudi menjaga insan yg sakit ini..terlalu banyak kesabaran yg dia perlukan untuk menjaga sy..mampukah dia bertahan dgn kerenah saya..mampukah dia menjaga sy sebaik mungkin di atas kelemahan fizikal ini??wallahu'alam..susulan seterusnya di lain hari..















Tuesday, March 16, 2010

JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU




Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

Monday, March 15, 2010

corat-coret..(luahan jiwa)


Seusai menyempurnakan solat maghrib,kitab al-Quran menjadi pilihan utk memberi makanan kepada jiwa ini..uhhh,kesakitan yg amat sgt...ketenangan itulah yg aku cari..Dia dtg d saat aku memerlukan-Nya..maka,benar sgguh bahawa cinta-Nya terhadapku memang xpernah padam..Syukur yg amat sangat..teringat lirik lagu Mirwana..

"Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku"...

Setitis demi setitis airmata ini mengalir..deras..laju tnpa ada org yg menyekatnya..aku mahu nangis..sepuas-puasnya..lantaklah klu ada org dengar..asalkan aku tenang..aku ingin merasakan kemanisan cinta yg Abadi..kali ni teringat pula pd lirik lagu ini...

"Akanku serahkan cinta ini..bukan lagi pada manusia..kerana cinta martabat itu..bersalut segunung kepalsuan"..

siyes xigt sape yg nyanyi lagu nih..tapi,jiwa ini..memang benar2 kecewa dgn cinta manusia..kerana apa?kerana cinta manusia memang xsehebat cinta Sang Khaliq..aku pasrah..seringkali aku dikecewakan manusia hanya kerana ketidaksempurnaan aku..adakah hakikat manusia tidak dapat menerima ketidaksempurnaan seseorang??atau mereka itu dinamakan manusia yg paling ego di muka bumi ini??aku kembali bermuhasabah adakah aku tergolong dlm kelompok ini??

Ya Allah,hadirkanlah insan yg benar2 menghargai cinta ini..buangkanlah segala resah dan gelisah ini agar aku bisa berpaut pada tangkai cinta-Mu untuk aku mencintainya..
semulia seorang ustazah mahupun ustaz,pasti dia inginkan cinta yg hadir dlm dirinya..cuma,bergantung pada dirinya untuk menzahirkan perasaan itu pada landasan yg betul..tp,org ssperi aku sering beranggapan..aku bknlah mengharapkan ungkapan cinta daripada seseorang..tetapi,cukuplah sekadar dia menjadi pendorong,inspirasi dan penguat jiwaku selain kedua org tua kesygnku..kerana bgku,ckuplah hanya sekadar itu..xperlu la kata-kata cinta yg manis..no i love,miss u or whatsoever mlainkan sesudah kawin mmg aku sgt menitikberatkan perkara itu..

Kali ini aku benar2 bertekad..aku tidak akan hidup dalam penantian lagi..penantian itu amat menyeksakan..aku punya hati..hati ini banyak pilihan..hati ini punya hak..mereka tidak berhak untuk mengikat aku tanpa sebarang ikatan..aku akan pilih yg terbaik dlm hidup aku..tiada lagi istilah PENANTIAN dalam kamus hidup aku..Semoga Allah akan permudahkan segala urusanku..barakallahufik..

Monday, March 8, 2010

Derita si Pemilik Hati..

makin difikir,makin deras airmata ini..lemah sgguh jiwa ini..kekuatan itu jarang menjadi miliknya kerana baginya sekeping hati itu hanya mmpu dipujuk dengan tangisan bahkan begitu banyak lagi cara yg mmpu memberi kekuatan padanya..menangis dan terus menangis..airmata itu ibarat air paip yg keluar tanpa ada orang yg membukanya..

Kenapa hati itu mudah menangis tnpa disentuh??uniknya hati ciptaan sang Khaliq..Tanpa hati,tidak mungkin mata mampu mengalirkan air mata..sungguh,tangisan itu mendamaikan..Tangisan itu mampu menjadikan derap langkah yg satu bisa menjadi beribu,hati yang keras bisa menjadi kapas,jiwa yg lemah akan dibaja dengan rindu pada mehnah,begitulah hebatnya kuasa airmata.

Tahukah kalian,derita itu penawar.derita itu ubat.derita itu penyembuh segala sakit.derita itu guru.Kerana derita Siti Khdijah menjadi isteri tercinta di hati Rasululluh,kerana derita juga Siti Hajar bisa mendapatkan setitik air untuk permata hatinya dan derita itu mengajar dirinya menjadi isteri yg tabah tatkala ditinggal suami di tanah gersang dan akur tanpa bicara.

Tak tahu apa yg ingin dikongsikan lagi..ketika ini hati aku sedang sarat menanggung derita.ya,pasti semua org ingin mengatakan Allah bersama kita.Namun,hakikatnya derita itu patut dirasai untuk mendekatkan diri pada Illahi.Hakikat insani inginkan derita dijiwai kerana memaknainya ibarat 1 anugerah yg sukar dikecapi bagi org yg bnr2 menghargai.Masih sedikit yg dikongsi pada waktu ini,kerana aku masih bertatih mencari identiti diri.Enshallah,akan mula menjadi katib yg penuh dengan ilmiah dan kreativiti.Barakallahufikum...