Friday, December 3, 2010

"Ibu mithali itu ibu aku"

"Kakngah mintak maaf sbb jadi anak derhaka. kakngah xprnah nak jadi yang tbaik utk mak..ayah dh sumpah kakngah mcm2,hrp2 mak xsumpah kakngah mcm tu sbb mulut mak lagi masin dr ayah.nyawa kakngah ni ble2 mse Allah nk tarik.Kakngah mintak maaf skali lg sbb slalu buat mak tertekan dgn sikap kakngah."

tutt..tuttt...tutttt....msj yg d nanti2 kan tlah pn tba...jari ini segera menekan button inbox..

"Semua kita mnusia biasa.bezanya d sisi Tuhan cuma ketaqwaan. Ayah kalau dia melalut mcm2 dia ckp.Angah pn sma kalau org tegur xnk trima,cpt nk melenting.Mak hrp sgt2 kita sma2 baiki diri kita sbb mak xnk keturunan yg kucar-kacir.."

Tangisanku terhenti sejenak..merenung kembali bait2 msj itu..sungguh mndlm kata2 ibu mithali ini...aku bermuhasabah diri..Aku berterima kasih pd-Mu krn mengurniakan seorg insan yg memberi sejuta ketabahan pdku dan memanjatkan kesyukuran krn seorang insan lagi yg sntiasa d sisiku ini tidak pernah putus mmberi semangat walaupun beliau sendri kelam dlm semangat..benar kata Rasulullah s.a.w: Redha Allah terletak pada redha ibu..dengan ego yg diterbitkan sejak kecil ini telah menjadikan aku seorang yang mmpu berdikari jika dr sudut positifnya tetapi dr segi contranya aku menjadi seorang insan yg sgt bongkak walaupun dgn org yg plg dsygi..namun,hari ini merupakan detik sejarah d mana aku mula menyedari hakikat kerendahan diri..ibu mithali ini berjiwa perintis sehingga beliau sendiri tidak pernah putus dalam mencari makna kebahagiaan hakiki kerana baginya kebahagiaan itu milik setiap sanubari dan perlu dinikmati sehingga mati...


Hari ini jua Allah semadikan kekuatan sekali lg dlm diri aku untuk menempuh perjuangan yg maha hebat...syukur skali lg Ya Razzaq...mungkin tnpa sedikit iman senipis kulit bawang diri ini sudah pasti ke neraka jahanam (na'uzubillah).Terima kasih juga pada insan yg tidak pernah putus memberi semangat untuk menikmati kehidupan yg sediakala.Akan aku ukirkan nama2 kamu utuh di sudut hati ini.Kerna ibu mithali ini juga,aku bisa menyahkan segala hasutan2 laknatullah. Kamu mmg ibu barakah bkn shj pada suami malah susus galur keturunan kamu. Allah!Allah!Allah!.Disebalik kedukaan,Kau hadirkan harapan.Terima Kasih Ya Rahman.

Beliau mmg berjiwa kental.aku kagum dengan beliau.Sungguh,aku sendiri tidak pasti adakah aku mampu menjadi seperti ibu mithali ini. Tamparan demi tamparan selama perjalanan hidupnya di dalam bahtera rumah tangga menjadikan beliau seorang ibu yg mithali bkn sahaja di dunia malahan Allah pasti membalas segala keperitannya di akhirat kelak. Semoga Allah sediakan kamar paling terindah buatmu di syurga sana kerana pengorbananmu itu sungguh beerti d sisi yang Haqiqi.

Aku mohon juga pada-Mu ya Rabbul Izzati untuk mengembalikan kejernihan ini.Buangkanlah keruhan yang melanda empangan usratiku. Hanya Kau yang shj yang bisa menjadikan benda yang tidak pasti kpd pasti dan perkara pasti kpd tidak pasti. Dan diharapkan juga agar aku bisa menanggung beban ini sehingga smpai waktunya sama ada aku atau kedua ibu bapa ku yg pergi dahulu. Memang pun,tiap manusia itu tidak pernah lari dr mslh,ttpi aku membenarkan kata-kata ibu mithali ini,yg membezakan kita adalah KETAQWAAN..terima kasih wahai ibu mithali kerana mengajarkan aku sebuah perkataan yang begitu bermakna bagi sebuah perjalanan kehidupan.wallahu'alam..


1 comments:

Unknown said...

salam alai'ik,
tahniah buat tokyah kau, sabrina. semoga ilmu yang beliau ada dapat diperturunkan kepada nak bangsa. ameen.

Post a Comment